Thursday, 13 June 2013

6 JeniS MakanaN CerahkaN KuliT




Selain rawatan di spa, ada cara lain yang boleh dilakukan untuk mencerahkan kulit. Caranya melalui makanan. tapi apakah makanan yang perlu diambil untuk mendapatkan kulit yang cerah berseri seperti yang di idamkan? Ini dia senarainya:

TOMATO

Hasil kajian menunjukkan bahawa responden yang mengambil puri tomato sebanyak lima sudu dalam tempoh tiga bulan memiliki perlindungan 25 peratus lebih banyak terhadap pancaran sinaran matahari. Selain kaya likopen, buah tomato juga merupakan makanan yang boleh menjadikan kulit memiliki lebih banyak kolagen untuk mencegah ia menjadi kendur.



STRAWBERI

Segelas air strawberu mengandungi 130 peratus vitamin C, iaitu zat yang kuat untuk meningkatkan pengeluaran serat kolagen. Kolagen berfungsi untuk membantu kulit stabil dan lembut. Semakin banyak vitamin C yang diambil, semakin sedikit garis-garis halus muncul di kulit.



SALAD

Setiap enam helai daun salad mengandungi 100 peratus vitamin A. Vitamin ini berfungsi untuk meremajakan kulit dengan cara meningkatkan penggantian sel. Di samping itu salad juga mengandungi kalium yang dapat menambah zat kulit dan meningkatkan penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah.


TELUR

Telur mengandungi lutein dan zeaxanthin, yang berfungsi untuk mencegah kerosakan
kulit akibat sinar ultra lembayung. Disamping itu, telur juga dapat membuat kulit lebih lembut, tegang dan lembap.




EPAL

Kulit buah epal banyak mengandungi quercetin, iaitu antioksidan yang berfungsi untuk melindungi kulit dari pancaran sinar ultraviolet (penyebab berlakunya kanser kulit).


Sumber : Mingguan Wanita




No comments:

Post a Comment