Apabila terbaca buku salah satu buku terbaru keluaran PTS Islamika Sdn. Bhd. saya terasa tertarik untuk kongsikan satu persoalan yang diajukan mengenai ciri isteri solehah. Persoalan ini dipetik dari buku berjudul Anda Bertanya, Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa. Berikut adalah 15 ciri isteri solehah yang diketengahkan oleh Ustaz Azhar Idrus :
- Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana dia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.
- Isteri yang sentiasa menjaga aurat daripada pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.
- Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semulajadi itu Allah anugerahkan kepada lelaki.
- Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan dengan perintah agama.
- Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.
- Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya. Begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami. Isteri perlu memohon keizinan suaminya bagi keluar dari rumah ataupun mengerjakan puasa sunat.
- Isteri perlu bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami daripada masalah kewangan.
- Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya.
- Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat ataupun dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.
- Berdiam diri sambil mendengar sewaktu suami bercakap.
- Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batin suami sewaktu diperlukan.
- Isteri yang sentiasa menghias diri apabila di hadapan suami dan sebaliknya pula apabila ketiadaan suami.
- Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluan suami daripada keperluannya sendiri.
- Isteri yang sentiasa bersikap malu kepada suaminya, bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya.
- Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu sewaktu suami hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman sewaktu suami pulang.
Sumber : AzriOthman.com
No comments:
Post a Comment