Wednesday, 19 June 2013

KATARAK




 

Pengenalan

 
Katarak adalah sejenis penyakit mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun. Kanta mata menjadi keruh dan cahaya tidak dapat menembusinya.

Keadaan ini menjejaskan penglihatan seseorang dan pesakit akan jadi buta jika tidak dirawat.

Jenis-jenis atau Punca Penyakit

Punca penyakit:

  1. Pesakit kencing manis yang tidak mengawal penyakitnya - Kelebihan gula yang ada dalam darah akan menyebabkan berlakunya katarak.
  2. Orang dewasa yang berumur 60 tahun ke atas - Katarak merupakan suatu proses akibat perlanjutan usia.
  3. Kanak-kanak dan bayi baru lahir dengan komplikasi - katarak boleh berlaku jika ibu menghidap infeksi seperti penyakit Rubella semasa mengandung

Simptom

  1. Penglihatan semakin kabur
  2. Sukar membaca kerana penglihatan tidak jelas
  3. Kerap menukar cermin mata kerana penglihatan masih tidak terang
  4. Selaput putih pada anak mata
  5. Merasa silau terhadap cahaya

Senarai bacaan ayat-ayat penawar untuk penyakit ini:

Amalan Minggu Pertama dan Kedua:
  • Surah An-Nur ayat 35 hingga 40, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
  • Surah 'Abasa ayat 1 hingga 42, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
Amalan minggu ketiga dan keempat:
  • Surah Al-Ahqaaf ayat 21 hingga 28, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
  • Surah Adz-Dzaariyaat ayat 16 hingga 50, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment