Hari ni posa sunat Sya'aban....Alhamdulillah dah habis sehari...dalam pada dok pikir nak berbuka apa...tetiba teringat Puding Caramel... apa lagi jom search 'My Resepi' mcm mana nak buat puding ni...
oleh: Alia
Puding karamel
Alia@myresipi.com
Bahan-bahan ( saiz:16 cm )
- 400cc(400ml) susu segar/susu cair
- 5 sudu besar gula halus
- 3 biji telur- pada suhu bilik
- 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
- 2-3 titik esen vanila
- [ KARaMEL ]
- 5 sudu besar gula
- 2 sudu besar air
Cara-cara
-
Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air.
Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1
sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang.
Ketepikan.
-
Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau
masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga
sebati. Jangan biarkan berbuih.
-
Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
-
Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke
dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada
karamel tadi.
-
Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
-
Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air
suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150
degree.
-
Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
-
Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais
No comments:
Post a Comment