Wednesday, 3 July 2013

MANDUL

Tahukah anda kemandulan bukanlah di pihak isteri semata-mata, lelaki juga tidak kecuali dari mengalami masalah mandul ini. Oleh itu, janganlah asyik menyalahkan pihak isteri apabila anda tidak mempunyai zuriat setelah beberapa tahun anda berkahwin. Seperti wanita juga, ada banyak sebab mengapa lelaki boleh jadi mandul. Berikut kami senaraikan 9 sebab mengapa lelaki mandul.


 
 


  • Kemandulan boleh di sebabkan oleh seseorang lelaki yang mengalami penyakit Klineelters Syndrome iaitu sejenis penyakit semula jadi yang diwarisi. Lelaki yang mempunyai penyakit ini memiliki kelainan pada alat kelaminnya, biasanya saiz penis yang amat kecil. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak mempunyai daya untuk mengeluarkan benih-benih sperma
  • Pernah mengalami penyakit kronik dalam tempoh yang panjang. Misalnya, sejak di dalam kandungan ibu, mengalami demam panas yang melampau, penyakit kelamin atau terlibat didalam kemalangan yang menyebabkan buah zakar rosak.
  • Mengalami jangkitan kuman dan penyakit kelamin yang terlular ketika melakukan hubungan seks bebas dengan wanita yang membawa kuman gonorhea, sifilis, HIV, herpes, genital, dan sebagainya.
  • Akibat dari penyakit varicoles atau hernia. Ia menyebabkan buah zakar menjadi besar, keras dan sakit. Begitu juga dengan urat-urat di sekitarnya turut membesar dan mengeras.
  • Menghadapi masalah pada skorotum, bahagian yang menghasilkan air mani. Ia tidak dapat berfungsi dengan sempurna dan tidak berupaya mengeluarkan sperma yang bermutu. Sebaliknya sperma yang dikeluarkan tidak mempunyai benih.
  • Kemandulan juga boleh disebabkan oleh kecacatan sesorang lelaki seperti dilahirkan dengan hanya sebelah buah zakar, mengalami gangguan hormon testosterone ataupun testicular failure.
  • Mengalami mati pucuk, impoten, lemah tenaga batin, pancutan air mani yang pramatang, penis mengecil, hilang ghairah atau nafsu seks, tekanan emosi yang serius dan lain-lain lagi ( Masalah peribadi )
  • Lelaki yang terlalu banyak mengambil ubat-ubatan seperti ubat kencing manis, ubat antipsychotic, termasuk Chiorpromazine, Haloperidol dan Antidrepressant seperti Amitriptyline dan Imipramine.
  • Mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, minum alkohol, selalu duduk dalam keadaan panas dan kotor seperti pencemaran asap kenderaan, bahan kimia dari kilang seperti radioaktif.

Tuesday, 2 July 2013

KENALI KOMPLIKASI KETIKA HAMIL



Bukan semua kehamilan akan berakhir dengan kegembiraan menyambut kelahiran bayi. Sepanjang sembilan bulan kehamilan, wanita terdedah kepada banyak risiko komplikasi.
Keguguran
Ia merupakan kehilangan kandungan ketika 20 minggu pertama kehamilan. Lebih 80 peratus keguguran berlaku sebelum 12 minggu kehamilan. Kebanyakan keguguran pada trimester pertama dipercayai berpunca daripada ketidaknormalan kromosom dalam telur yang menghlang embrio daripada berkembang. Pendarahan adalah tanda awal keguguran janin.
 
 
 
Kelahiran pramatang
Jika anda mula merasai sakit kontraksi sebelum kandungan masuk usia 37 minggu, anda berisiko melahirkan bayi pramatang. Apabila bayi dilahirkan sebelum 37 minggu, ia dipanggil bayi pramatang.
 
 
Praeklampsia
Anda disahkan mendapat praeklampsia jika tekanan darah dan kandungan protein dalan air kencing terlalu tinggi selepas 20 minggu kehamilan. Severe pra eklampsia boleh memberi kesan kepada banyak organ dan menyebabkan masalah serius termasuk mengancam nyawa. Wanita yang menghidap praeklampsia teruk perlu melahirkan bayi dengan cepat.
 
 
Air ketuban kurang (oligohydramnios)
Sarung ketuban dipenuhi air yang dapat melindungi dan menyokong bayi yang membesar. Apabila kurang air ketuban, ia dikenalisebagai masalah oligohydramnios. Biasanyaia berlaku dalam trimester ketiga. Jika ia terjadi di akhir kehamilan, doktor akan melakukan induce ke atas bakal ibu untuk mempercepatkan kelahiran.
Gestational diabetes/Diabetis kehamilan
Jika anda disahkan menghidap diabetis ketika hamil, doktor akan memantau perkembangan ibu dan bayi. Ramai wanita dapat mengawal paras gula dalam darah dengan diet dan senaman serta melahirkan bayi yang sihat. Tetapi masalah diabetis yang tidak dikawal membawa masalah serius kepada bayi. Ibu yang mendapat diabetis ketika hamil berisiko sebanyak 25 hingga 50 peratus peluang mendapat diabetis jenis 2 di kemudian hari jika tidak mengamalkan gaya hidup sihat.
 
 
 
Kehamilan ektopik
Apabila telur disenyawakan di luar rahim, ia akan berlaku kandungan ektopik. Kandungan ini perlu dikesan dengan cepat kerana embrio yang membesar boleh memecahkan tiub Fallopio ibu dan menyebabkan pendarahan dalaman yang boleh membawa maut. oleh kerana tiada cara untuk memindahkan kandungan ini ke dalam rahim, menamatkan kandungan adalah jalan terbaik.
Placenta previa
Jika anda mempunyai masalah placenta previa, uri anda biasanya berada di bawah rahim, berhampiran atau menutup serviks. Ia bukan masalah di awal kehamilan. Tetapi jika plasenta kekal di bawah bila kandungan terus membesar, ia boleh menyebabkan pendarahan yang menyebabkan lain-lain komplikasi dan mungkin memerlukan ibu bersalin awal. Wanita yang terus mempunyai masalah uri di bawah sehingga detik melahirkan, perlu bersalin secara pembedahan caesarean.
 
 
SUMBER : Pa & Ma

POSISI TIDUR YANG TERBAIK SEWAKTU HAMIL


Di awal usia kehamilan, anda berupaya untuk tidur nyenyak. Walau bagaimanapun, apabila kandungan semakin membesar, tidur lena mula terganggu. Ikuti hasil selidikan Pa&Ma tentang posisi tidur terbaik.

Ketika perut belum lagi membesar di trimester awal kehamilan, anda dapat tidur tanpa gangguan. Malah posisi tidur pun dapat dipelbagaikan tanpa banyak halangan. Namun, apabila bayi yang dikandung semakin membesar dari sehari ke sehari, maka saat itulah tidur terganggu dek kerana saiz perut, pergerakan bayi mahupun masalah kekejangan kaki.
 
Setakat ini belum ada penyelidikan lebih lanjut yang dilakukan berkaitan posisi tidur untuk wanita hamil. Walau bagaimanapun, pakar perubatan sangat menggalakkan anda untuk tidur secara mengiring terutamanya selepas minggu ke-16 kehamilan.
 
Dalam pada itu, sebaik-baiknya mengiring ke sisi kiri kerana posisi sebegini memastikan bayi mendapat aliran darah yang lebih lancar. Ia disebabkan inferior vena cava di bahagian belakang sebelah kanan tulang belakang mengembalikan darah dari tubuh bahagian bawah ke jantung. Dengan mengiring ke kiri, ia turut membantu buah pinggang menjalankan aktiviti perkumuhan dengan baik lalu mengurangkan masalah pembengkakan di bahagian kaki, pergelangan kaki dan tangan.
 
Tidur dengan posisi mengiring ke kanan juga baik. Jadi, anda boleh mengubah posisi ke kanan dan ke kiri agar tidur lebih selesa. Bagi yang kekok untuk tidur dalam posisi sebegini, ada baiknya mula membiasakan diri sejak di awal kehamilan lagi. Bagi mendapatkan tidur dengan posisi mengiring yang lebih selesa, anda boleh meletakkan bantal di antara paha dan di punggung. Anda juga boleh menggunakan bantal tidur yang disediakan khusus untuk ibu hamil.
 
Selepas hamil 16 minggu, anda tidak lagi digalakkan untuk tidur secara menelentang. Hal ini disebabkan anda akan meletakkan seluruh berat rahim ke bahagian belakang, usus dan iinferior vena cava. Tidur dalam keadaan posisi terlentang juga akan meningkatkan risiko sakit pinggang, buasir, menjejas sistem pencernaan, menyukarkan pernafasan dan mengganggu peredaran darah.
Selain itu, ia turut mempengaruhi tekanan darah. Ada segelintirnya mengalami penurunan tekanan darah hingga menyebabkan masalah pening kepala. Tidak kurang, ada juga yang mengalami peningkatan tekanan darah. Oleh kerana itu, jika anda mempunyai tekanan darah tinggi ketika hamil, posisi ini sama sekali tidak boleh dipraktikkan.
 
Bagi yang tiada komplikasi pula, anda masih boleh sekali-sekala tidur terlentang, tetapi jangan terlalu lama. Jika ingin bangun dari tidur secara terlentang pula, dinasihatkan agar tidak melakukannya secara mendadak.
 
12 Panduan Atasi Masalah Tidur



1. Posisi tidur mengiring ke kiri
Memandangkan posisi tidur terbaik yang disyorkan sepanjang hamil ialah tidur mengiring ke kiri maka, usahakan untuk tidur dalam posisi ini setiap malam.
 
2. Mandi air suam
Sebelum tidur, mandi dengan air suam. Rasa segar yang bangkit akan memudahkan anda lena.
 
 
3. Elak makan terlalu banyak sebelum tidur
Anda mungkin kerap berasa lapar walaupun ketika sudah tiba masa untuk tidur. Untuk itu, hindari daripada makan terlalu banyak. Alternatifnya, anda boleh mengambil makanan ringan yang lebih berkhasiat.
 
 
4. Minum Susu Suam
Kandungan asid amino tryptophan di dalam susu yang meningkatkan kadar serotonin ke dalam otak akan membantu anda untuk tidur nyenyak.
 
5. Amalan Tarik Nafas
Latihan menarik nafas yang teratur dapat membantu mengurangkan ketegangan otot sekali gus membantu anda untuk tidur lebih baik. Dalam keadaan duduk, berdiri atau berbaring, tarik nafas melalui hidung secara perlahan dan tahan nafas selama satu hingga dua saat. Kemudian hembus dan keluarkan nafas melalui mulut secara perlahan-lahan. Lakukannya dalam ulangan 10 kali.
 
 
6. Bersenam
Senaman yang dilakukan secara teratur dapat mengurangkan masalah kekejangan kaki. Namun, adalah tidak digalakkan untuk anda bersenam beberapa jam sebelum tidur kerana endorfin dan adrenalin yang dirembeskan akan membuat mata anda kekal berjaga.
 
 
7. Bantal Yang Menyangga
Sangga perut mahupun pinggang dengan bantal bersesuaian. Ia akan membantu menyelaras pinggul dan tulang belakang untuk mendapatkan keselesaan berpanjangan ketika tidur.
 
8. Suhu Bilik
Sensasi panas yang kerap dialami di penghujung kehamilan sedikit sebanyak mengganggu tidur. Jadi, pastikan suhu bilik anda sentiasa nyaman. Jika tidak menggunakan penghawa dingin, pasti aliran udara di dalam bilik sentiasa lancar agar tidak menimbulkan kepanasan melampau.
 
9. Katil Yang Selesa
Keadaan katil yang selesa tentu sahaja dapat menimbulkan keselesaan kepada anda yang mula mengalami masalah tidur terutamanya di penghujung usia kehamilan. Pastikan tilam yang digunakan berkualiti baik dan memberi sokongan yang baik kepada tulang belakang. Sekurang-kurangnya ia membantu anda tidur dengan lena tanpa perlu risau dengan komplikasi lain yang timbul akibat penggunaan katil yang kurang baik.
 
 
10. Rutin Tidur
Biasakan diri untuk melakukan rutin menenangkan setiap kali sebelum tidur. Sebagai contoh, mandi menggunakan air suam diikuti mendandan diri dengan menyapu pelembap di bahagian tubuh yang bermasalah kering ketika hamil ini dan selanjutnya membaca bahan bacaan ringan sebelum melelapkan mata. Dengan yang demikian, minda akan diselaraskan untuk mengetahui rutin ini merupakan petunjuk bahawa sudah tiba masanya untuk tidur.
 
11. Pakaian Tidur
Baju tidur yang disarungkan turut memainkan peranan penting. Oleh yang demikian, pakai baju tidur yang mampu menyerap peluh dengan baik. Hal ini kerana pakaian yang tidak bersesuaian mungkin akan menyebabkan sensasi panas yang biasa dialami di akhir trimester kehamilan mengganggu tidur anda.
 
12. Suasana Bilik Tidur
Keadaan bilik yang tenang dan nyaman pasti mengundang mood anda yang keletihan seharian untuk tidur dengan nyenyak. Anda boleh mewujudkan suasana sebegini dengan memastikan bilik sentiasa berkeadaan kemas, menggunakan lampu malap selain menyembur wangian atau minyak aromaterapi yang mampu meninggalkan aroma segar sepanjang anda tidur.
Sumber : Pa & Ma

MENIMANG ANAK / CAHAYA MATA



Menimang cahaya mata semenangnya suatu nikmat yang paling istimewa dikurniakan oleh Ilahi. Namun bukan semua pasangan bersedia untuk menimang cahaya mata. Justeru itu pastikan diri anda dan pasangan telah bersedia untuk bergelar papa dan mama. Setiap kehamilan hendaklah dirancang serta diingini dan bukan berlaku secara kebetulan. Kehamilan yang tidak disengajakan boleh menimbulkan masalah hubungan dan kasih sayang antara ibu dan bayi.Keadaan ini mungkin boleh menjejaskan perkembangan mental dan akhlak bayi dalam jangka masa panjang. Justeru tanamkan dalam diri anda berdua sebaik sahaja mendirikan rumah tangga untuk bersedia dengan hati dan fikiran yang terbuka menerima kurniaan rezeki tersebut. Mungkin maklumat, kata-kata motivasi dan gambaran yang disediakan berikut mampu mempersiapkan anda menjadi ibu bapa cemerlang dunia akhirat.

“Aku mahukan kehadiran anak.” Kata-kata tersebut sudah cukup menggambarkan kesediaan anda untuk hamil. Bakal ibu bapa mesti tahu tanggungjawab yang harus dipikul sebaik anak dilahirkan kelak. Ceriakan diri! Ia dapat membantu anda melalui fasa kehamilan dengan gembira seterusnya melahirkan bayi yang juga ceria.
 
 
Dapatkan ilmu sebanyak mungkin tentang kehamilan, kelahiran serta penjagaan dan pendidikan anak.
Emosi yang tidak stabil boleh mengganggu dan memberi kesan pada janin dalam kandungan.
Fahami perubahan fisiologi yang berlaku pada diri sendiri. Ia penting untuk menangani ketidakstabilan emosi yang mudah berlaku.
 
Gagal memahami tanggungjawab sebenar seorang ibu dan ayah boleh mengganggu kelancaran pertumbuhan seorang anak kelak. Hadapilah apa jua situasi dengan sabar dan tenang. Berbaik sangkalah dengan Allah SWT.
 
Info dan pengalaman orang lain boleh dijadikan panduan sebagai persiapan diri untuk hamil kelak.
Jangkakan perkara-perkara di luar jangkaan anda jika ditakdirkan hamil, contohnya jika dulu sukakan makanan pedas mungkin apabila hamil anda tidak menggemarinya.
 
 
Ketahui keadaan yang sesuai untuk anda hamil agar mental anda bersedia menghadapi sebarang tekanan dan perubahan yang berlaku. Layanan suami yang prihatin terhadap isteri yang sedang hamil dapat menggembirakan hati isteri seterusnya mempengaruhi perkembangan sihat janin yang dikandung.
 
Memastikan isteri dalam keadaan sihat secara fizikal dan mental kerana ia penting untuk melahirkan zuriat yang sihat fizikal dan mentalnya. Nikmati fasa kehamilan dan perubahan yang berlaku dengan tenang dan sabar. Oleh kerana menanggung beban mengandung selama sembilan bulan, ada antara wanita mengalami tekanan jiwa dan emosi kerana tidak mendapat sokongan dan bantuan yang sewajarnya.
 
Peranan ibu bapa daripada kedua-dua pihak sama ada isteri dan suami serta saudara-mara dalam memberi sokongan moral sepanjang kehamilan dapat menenangkan fikiran bakal ibu.
Rancang bagaimana kaedah anda dan suami untuk membesarkan anak yang bakal dikandung dan dilahirkan.
 
 
Suami perlu memberi sokongan dan bantuan yang sewajarnya semasa isteri hamil. Ia membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi. Tanpa pengetahuan, ia boleh menyebabkan tekanan bukan sahaja kepada tubuh badan tetapi juga mental bakal ibu. Tekanan ini menyebabkan beberapa masalah emosi dan psikologi.
 
 
Untuk menstabilkan jiwa dan emosi, ibu yang beragama Islam perlu menguatkan iman dan pegangannya kepada Allah SWT dengan banyak menunaikan sembahyang dan berzikir. Walaupun isteri yang hamil tetapi bakal papa juga perlu mempersiapkan diri kerana ada segelintir suami yang merasai sendiri beban alahan dan peritnya mual dan loya seperti wanita mengandung.
Ya! Perasaan cemas, gembira, bahagia pasti bercampur baur saat mengetahui isteri tercinta sedang hamil benih cinta kalian berdua. Sujud syukurlah kepada Ilahi tanda berterima kasih di atas kurniaanNya.
 
 
Zuriat yang dikurniakan adalah amanah dari Allah SWT. Jaga dan didiklah ia dengan sebaiknya.
Menimang cahaya mata semenangnya suatu nikmat yang paling istimewa dikurniakan oleh Ilahi. Namun bukan semua pasangan bersedia untuk menimang cahaya mata. Justeru itu pastikan diri anda dan pasangan telah bersedia untuk bergelar papa dan mama.

Monday, 1 July 2013

IBU KAULAH RATU HATIKU ( Surat Dari Anak Yang Dah Tak Nakal)



SHARE cerita ini dengan harapan semua yang melihat cerita ini akan mendapat kebaikan pada cerita ini…Semakin banyak SHARE, maka semakin ramai orang lihat cerita ini, dengan itu semakin banyak kebaikan yang disampaikan.

JANGAN MENANGIS BACA KISAH INI : ” Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal “

Mak…..
Terlalu bosan rasaa duduk membilang hari…..
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih….

Mak tau tak…….
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa…..
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm…rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh…..
nak tinggal kan anak2 mak….. nak tinggal kan dunia fana ni……

mak macam dah sedia…..
Seminggu sebelum tu……
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai…..
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu….
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih……
kakak pun rasa hairan…..
mak tak penah buat gitu…..

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak……
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam …….
kengkadang siaran indonesia ..
mak terus tekun menganyam…
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan…

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2….
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari…..
ada kat dalam dalam beg…..
ada dalam ASB…..
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi……
ada kat dalam gulung tikar…..

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar…
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa…
mak cuma gelak jer…
eeemmm…bahagiaa nya saat ituu..

Mak…..
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut…..
bila malam tu kiter sampai dari KL…..
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk…..
mak tetap takmau pi hospital…. .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital…. .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor…
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju… ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk….
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital…. ..

Mak…..
amponkan kami semua…
kami nak mak sehat…
kami sayang mak…
kami tak mau mak sakit…
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital….
ampon kan kami yer mak….

Mak…..
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter…
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta….
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula…
kalau tak cukup, mak kan banyak duit…
mak gelak ajerr…..

Lepas tu bila kereta kiter sampai….
mak buat kenduri kesyukuran… ….
Dan kiter masih ingat lagi…
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor…..
Punya la kiter takut…
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak…..
Bila balik sahaja kampong….
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj…..
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek…
mak tanya kenapa…?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga…..

Mak….
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau…
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar…
mak, kiter menipu mak kan ..
ampon kan kiter…..
Mak…..
Jam 4.30 pagi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital…..
nurse tengah balut mak dengan kain putih…….
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital…
Mesti mak nampak abang cium dahi mak…..
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak….
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu…
mesti mak nampak semua tu kann…kann. .kannn

Mak tau tak….
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar…
Adik kat sebelah diam melayan perasann…
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini…
jalan di depan terasa makin kelam…..
airmata dah tak mampu di tahan….
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela…
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga…
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. …sekosong hati ini…..
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. …..
terasa syahdu dan sayu…dinginnnn. ….

Mak……
Kiter masih ingat lagi….
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak…
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ….
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi….
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak…..
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan…..
Mak perasan tak…..?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter…..
Dia kata…” dikk…jangan nangis…kalau sayang mak jangan buat gitu…jangan nangis ya..”
Bila makcik tu kata gitu…
lagi laaaa laju airmata ni…
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak….

Mak…..
Sampai takat ini surat ni kiter tulis…..
kiter nangis ni…..
Ni kat dlm bilik…baru pukul 4.00 pagi….
Takder orang yang bangun lagi…..
kiter dengar nasyid tajuk “anak soleh” kiter sedih…
kiter rindu kat mak….!
Takpa la….
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak…
mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya… .
Semua anak2 mak mengelilingi mak…
menatap wajah mak buat kali terakhir….
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja…
Mak rasa tak….
masa tu kiter sentuh dahi mak….
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk…..
Kiter tak mampu nak cium mak…
kiter tak daya….
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar…
Airmata kiter tak boleh tahan….
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak…
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak…..

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah….
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik…
badan akak terasa panas…
makk…
anak mak yang seorang tu demam….

Mak tauu…
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak…..
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi…
Begitu terasa kehilangan mak…
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata…
Dan sampai satu tahap….
masa tu malam jumaat selepas maghrib….
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ….
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi…
semakin kiter tenung terasa semakin sayu…
tangisan tak dapat dibendung…

Mak tauu…
kiter cuba bertahan…
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda…
Kiter rasa nak telefon mak…..
nak cakap dengan mak…..
anak mak yang ni dah tak betul kan ..?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong….
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi…
Puas la kakak memujuk kiter…
Akak kata…” tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak..”
Dan akhirnya akak juga nangis…..

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati…
rasa nyilu sangat…
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni….
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma….
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan…..

Mak….
cukup la sampai sini dulu….
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu….
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid…
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ….
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak…
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula….
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih….
pastu kawan kiter bgtau…
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje…
Takper yer mak…k
Kiter kasi orang lain baca…
Kiter stop dulu…
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu…
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter…
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk univesiti….
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang…
boleh rasa duduk kat negara orang… s
ampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih mak…

KEISTIMEWAAN SEORANG ISTERI

 
 
Untuk isteri ............

1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh ...isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

 Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"


RAHSIA SURAH AL-KAUTSAR



RAHSIA SURAH AL-KAUTSAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
 
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi yaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya aAu Talib.

 Berbagai khasiat terkandung di dalam surah ini boleh di amalkan:-

♥baca surah ini ketika hujan turun dan berdoa, mudah-mudahan Allah S.W>T memakbulkan doa kita.

♥jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokan di leher, Insya Allah hilang dahaga

♥jika sering sakit mata, seperti berair, gatal & bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata

♥jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x mudah-mudahan Allah S.W.T bagi ilham kepada kita dimana letaknya sihir itu

♥jika membacanya 1, 000x rezeki kita akan bertambah

♥jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat

♥jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah S.W.T akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi

Marilah sama-sama kita manafaatkan surah ini dalam kehidupan seharian kita.
 
  •  
     

PETUA MELEMBUTKAN KULIT MUKA

 
Satu rahsia akan dikongsi bersama, panduan, kaedah, teknik, bagaimana caranya, tips pantas dan berkesan atau cara melembutkan kulit muka. Bagi melembutkan kulit muka, baik lelaki mahupun wanita sanggup berbelanja lebih untuk membeli produk mahal dan istimewa untuk melembutkan kulit muka mereka. Sesuatu usaha yang konsisten dan betul harus dilakukan untuk untuk melembutkan kulit muka. Bagi mendapatkan kulit muka yang lembut, halus dan cerah, kita boleh amalkan petua melembutkan kulit muka seperti yang digariskan dibawah.
7 Petua Koleksi Untuk Mendapatkan Kulit Muka Lembut dan Cerah 
 
                                                                               
Tip Petua 1: Parutkan seketul ubi kayu dan tempelkan pada muka. Biarkan hingga kering. Selepas itu cuci muka dengan air suam. Amalkan setiap malam. 
                                                                       
                                                                         
Tip Petua 2: Campurkan parutan lobak merah, kuning telur, sedikit air limau nipis hingga sebati. Sapukan pada muka dan biarkan kering. Cuci dengan air bersih tanpa sebarang pembersih muka.                                                                              


Tip Petua 3: Sapukan muka dengan putih telur dan biarkan selama 30 minit. Setelah itu, cuci dengan air biasa. Lakukan tiga kali seminggu. 
                           
                                                                                                                                         
Tip Petua 4: Kisar kulit telur hingga halus. Campurkan dengan air suam dan bedak sejuk. Sapukan campuran tadi pada muka. Urutkan kulit muka perlahan-lahan. Biarkan hingga bedak kering. Kemudian basuh dengan air suam. 
         
                       
Tip Petua 5: Parut sebiji kentang. Perah airnya. Sapukan pada muka. Apabila separuh kering, cuci muka dengan air. 
                     

Tip Petua 6: Kisar 5 kuntum bunga cempaka dan lima kuntum bunga melur hingga halus. Campurkan dengan bedak sejuk. Sapukan pada muka pada setiap malam. 


     
                                                                                                                  
Tip Petua 7: Campurkan tepung sagu dengan air. Sapukan pada muka seperti memakai bedak sejuk. Lakukan setiap hari. 
                                                                                                                                                            

PETUA ATASI TUMIT PECAH & MEREKAH



Mungkin ada sebahagian daripada kita mengalami masalah tumit pecah yang berlarutan sehingga hari ini. Namun di sini ada penyelesaiannya bagaimana untuk kita merawat masalah tumit pecah. Ia tidak memerlukan rawatan doktor, tetapi hanya cukup mengamalkan petua orang-orang lama dan Insha Allah dengan izinNya, ia akan pulih seperti sediakala.

Petua 1



Ambil sebiji betik muda atau yang hampir kuning. Potong bahagian kepalanya hingga keluar getahnya. Kemudian sapukan getah betik tadi pada tumit. Amalkan selalu utk mendapat kesan yang memuaskan.

Petua 2



Beberapa keping asam gelugur dimasukkan ke dalam baldi yg berisi air suam.Rendamkan kaki anda selama 1/2 jam. Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh semula.

Petua 3

Gosokkan tumit kaki yg merekah pada permukaan simen yg kasar. Lakukan beberapa kali dalam seminggu dan InsyaAllah tumit kaki anda tidak akan nampak merekah lagi. Namun, sewaktu menggosok tumit pada simen, jgn terlalu kasar. Gosok perlahan-lahan selama beberapa minit.

Petua 4


Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.

7 JENIS MAKANAN PENURUN DARAH TINGGI

Penyakit darah tinggi memang dihadapi ramai kalangan kita. Bagi yang belum mengalaminya ada cara untuk mencegah ia dari berlaku dengan mengamalkan beberapa jenis sumber makanan.

Bayam


Bayam merupakan sumber magnesium yang sangat baik. ia bukan sahaja dapat melindungi anda dari penyakit jantung, tetapi juga dapat mengurangi tekanan darah. Selain itu kandungan folat di dalam bayam dapat melindungi tubuh dari homosistein yang menghasilkan bahan kimia berbahaya. Penyelidikan menunjukkan bahawa kadar tinggi asid amino dapat menyebabkan serangan jantung dan strok.


Biji Bunga Matahari


Ramai yang mengenalinya sebagai kuaci. Kandungan magnesiumnya amat tinggi dan kuaci mengandungi pitosterol yang dapat mengurangi kadar kolestrol dalam tubuh. Kolestrol merupakan penyebab tekanan darah tinggi kerana dapat menyebabkan penyumbatan pembuluh darah. Pastikan anda makan kuaci segar yang tidak ditambah garam atau diproses terlebih dahulu.


Kacang-Kacangan


Kacang-kacangan seperti kacang tanah, badam dan kacang merah mengadungi magnesium dan potassium. Khasiat ini diketahui cukup efektif menurunkan tekanan darah tinggi.


Pisang

Buah ini bukan sahaja menawarkan rasa lazat tetapi juga membuat tekanan darah lebih sihat. Pisang mengandungi kalium dan serat yang tinggi yang bermanafaat mencegah penyakit jantung. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa sebiji pisang sehari cukup untuk membantu mencegah tekanan darah tinggi.


Kacang Soya


Memang banyak manfaatnya mengambil kacang soya untuk kesihatan tubuh. Salah satunya adalah membantu menurunkan kolestrol jahat dan tekanan darah tinggi. Kandungan isoflavonnya memang sangat bermanfaat bagi kesihatan.


Kentang

Nutrisi dari kentang sering hilang kerana cara memasaknya yang tidak sihat. Walhal kandungan mineral serat dan pottasium di dalam kentang amat tinggi dan baik untuk menstabilkan darah.


Coklat Hitam

Pencinta coklat pasti akan gembira kerana kandungan flavonoid di dalam coklat dapat membantu menurunkan tekanan darah dan merangsang penghasilan nitrad oksida. Bahan ini membuat signal otot di sekitar pembuluh darah lebih rilek dan menyebabkan aliran darah lancar.