Penyakit darah tinggi memang dihadapi ramai kalangan kita. Bagi yang belum mengalaminya ada cara untuk mencegah ia dari berlaku dengan mengamalkan beberapa jenis sumber makanan.
Bayam
Bayam merupakan sumber magnesium yang sangat baik. ia bukan sahaja dapat melindungi anda dari penyakit jantung, tetapi juga dapat mengurangi tekanan darah. Selain itu kandungan folat di dalam bayam dapat melindungi tubuh dari homosistein yang menghasilkan bahan kimia berbahaya. Penyelidikan menunjukkan bahawa kadar tinggi asid amino dapat menyebabkan serangan jantung dan strok.
Biji Bunga Matahari
Ramai yang mengenalinya sebagai kuaci. Kandungan magnesiumnya amat tinggi dan kuaci mengandungi pitosterol yang dapat mengurangi kadar kolestrol dalam tubuh. Kolestrol merupakan penyebab tekanan darah tinggi kerana dapat menyebabkan penyumbatan pembuluh darah. Pastikan anda makan kuaci segar yang tidak ditambah garam atau diproses terlebih dahulu.
Kacang-Kacangan
Kacang-kacangan seperti kacang tanah, badam dan kacang merah mengadungi magnesium dan potassium. Khasiat ini diketahui cukup efektif menurunkan tekanan darah tinggi.
Pisang
Buah ini bukan sahaja menawarkan rasa lazat tetapi juga membuat tekanan darah lebih sihat. Pisang mengandungi kalium dan serat yang tinggi yang bermanafaat mencegah penyakit jantung. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa sebiji pisang sehari cukup untuk membantu mencegah tekanan darah tinggi.
Kacang Soya
Memang banyak manfaatnya mengambil kacang soya untuk kesihatan tubuh. Salah satunya adalah membantu menurunkan kolestrol jahat dan tekanan darah tinggi. Kandungan isoflavonnya memang sangat bermanfaat bagi kesihatan.
Kentang
Nutrisi dari kentang sering hilang kerana cara memasaknya yang tidak sihat. Walhal kandungan mineral serat dan pottasium di dalam kentang amat tinggi dan baik untuk menstabilkan darah.
Coklat Hitam
Pencinta coklat pasti akan gembira kerana kandungan flavonoid di dalam coklat dapat membantu menurunkan tekanan darah dan merangsang penghasilan nitrad oksida. Bahan ini membuat signal otot di sekitar pembuluh darah lebih rilek dan menyebabkan aliran darah lancar.
No comments:
Post a Comment